Kongsi Dan Inspirasi

Premium resources for designers

Saturday, August 22, 2009

Jemaah dakwah disyahidkan di Somalia


Kali ini tiada artwork baru hendak dikongsikan. Cuma ingin berkongsi berita yang baru saya terima. Berita yang baru saya dapat dari link ni memang memeranjatkan. SYAHID di jalan ALLAH!

Beberapa orang lelaki bertopeng dan berpistol menyerbu ke sebuah masjid pada hari Rabu di sebelah barat Somalia dan membunuh 5 orang ahli jemaah dakwah dari Pakistan yang pada ketika itu sedang membuat usaha di masjid tersebut. Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenalpasti pihak mana yang bertanggungjawab di atas insiden pembunuhan itu dan sebab kejadian tersebut berlaku.

"Kesemua mangsa adalah ahli jemaah daripada gerakan dakwah Jemaah Tabligh", kata jurucakap luar Pakistan, Abdul Basit. "Umum mengetahui bahawa Jemaah Tabligh adalah bersifat apolitical (bebas politik) dan tidak bersifat ekstrim dan ganas. Sebahagian besar ahli-ahlinya bergerak ke seluruh dunia bagi mendakwahkan sesama umat islam."

"Mereka seolah-olah mempunyai peraturan untuk tidak membincangkan politik dan mereka lebih suka untuk mengelak daripada membincangkannya", kata Ghaffar Hussain daripada Quillam Foundation di London. "Gerakan mereka agak konservatif (mengutamakan kaedah tradisi), agak puritanik (bersifat telus keagamaan dan suci) dan ternyata mereka bukanlah ekstrimis".

Pihak polis mengepung masjid tersebut selepas serangan kejam tersebut iaitu di bandar Galkayo untuk mencari suspek namun tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

"Pembunuh-pembunuh tersebut memasuki Masjid Tawfiq sejurus selepas solat subuh dan menyuruh 6 orang jemaah Pakistan dan seorang warga Somalia keluar daripada masjid dan melepaskan tembakan", kata seorang saksi, Ismail Mohamud Hassan.

"Lima orang daripada mereka mati di tempat kejadian," Hassan memberitahu akhbar The Associated Press di dalam temuramah melalui telefon daripada Galkayo, 470 batu (750 kilometer) timur laut ibu negara, Mogadishu. "Dua lagi cedera iaitu seorang ahli jemaah Pakistan dan seorang tempatan Somaila tersebut."

Nahar Hussein Gutale, yang tinggal berdekatan dengan masjid meluru ke masjid apabila mendengar bunyi tembakan tersebut dan ternampak beberapa orang melarikan diri dan lima mangsa tersebut rebah berlumuran darah.

"Mereka sedang dalam keadaan kesakitan dan nazak ketika saya sampai dan kesemua mereka mati kemudiannya," kata Nahar.

Katanya lagi, pihak polis bergegas ke tempat kejadian kemudiannya dan melepaskan beberapa tembakan ke udara bagi meleraikan orang ramai yang berkerumun di kawasan berkenaan dan kemudiannya mengangkat jenazah-jenazah tersebut ke dalam trak pickup dan beredar.

"Mangsa adalah sebahagian daripada 10 orang warga Pakistan yang berada di dalam masjid tersebut iaitu daripada Jemaah Tabligh. Kesemua mereka adalah daripada daerah Dera Ghazi Khan, selatan Punjab," kata Abdul Basit.

Kejadian berdarah tersebut membuktikan lagi ketidakstabilan dan kekejaman yang sedang berlaku di Somalia, yang terjerumus di dalam masalah hampir 2 dekad berkaitan kesetiaan di kalangan puak, agama dan kerajaan. Keadaan negara tersebut yang kurang penguatkuasaan undang-undang telah menyebabkan tersebarnya ketakutan di kalangan penduduk di sana dan kemungkinan bahawa gerakan Al-Qaeda sedang cuba memasuki negara tersebut.

Perdana Menteri Somalia, Omar Abdirashid Ali Sharmake cmengutuk serangan tersebut. "Ia adalah tindakan yang keji dan biadab untuk membunuh umat Islam di dalam masjid," katanya.

Salah seorang ahli kumpulan ekstrimis Islam Somalia, al-Shabab, yang menguasai banyak kawasan di Somalia juga mengutuk kejadian tersebut memandangkan Galkayo adalah kawasan utara di mana al-Shabab memegang kuasa terbesar. "Ini adalah sebahagian daripada rancangan pembunuhan terhadap umat Islam," kata Sheik Ali Mohamud Rage, jurucakap kumpulan berkenaan.

Duta Pakistan di negara bersebelahan, Kenya, Manzoor Chaudhry, berkata bahawa jumlah sebenar mangsa yang terbunuh tidak diketahui kerana terdapat beberapa kekeliruan dalam menentukannya. Laporan tidak rasmi mengatakan terdapat 6 atau 7 kematian berlaku dalam insiden itu.

"Jemaah tempatan daripada Somalia sering datang menjalankan dakwah di Masjid Tawfiq tersebut dan kadangkala jemaah daripada luar negara juga datang. Kebanyakan mereka daripada Pakistan dan Afghanistan," kata Sheik Salad Dufan, seorang warga Galkayo.
Berita diterjemahkan daripada laman web CBS.

sumber:lamansesawang.com-Di mana jari jemari menari-nari

0 comments:

Post a Comment

Recent Post

Ikutilah perkembanganku